Make your own free website on Tripod.com

 

Afzan Teacher's College

 

 

Zaman terus berlalu, kini saya telah pun bergelar seorang student perguruan. Disnilah bermulanya episod ‘kelahiran’ seorang insan bergelar ‘guru’. Disinilah pelbagai kenangan manis dan pahit saling silih berganti. Disinilah juga saya telah diperkenalkan dengan dunia perguruan. Walaupun ianya bukan cita-cita sebenar saya, namun begitu ia tidak sedikit pun melunturkan semangat dan menggarit ketulusan saya. Saya perlu membiasakan diri dengan kanak-kanak dan cuba mengenali mereka dengan lebih arif dan rapat dan dekat lagi.  Afzan Teacher’s College adalah tempat saya mula belajar mengenai siapa itu ‘guru’, apa itu ‘pengorbanan’ dan apa itu ‘kepuasan’.

 

Guru sebagai pendidik juga adalah kelompok insan intelek yang mempunyai kepakaran berbeza-beza, berasaskan kepada latarbelakang pendidikan, pengalaman malah minat serta bakat yang dimiliki oleh individu berkenaan. Kepakaran, bakat serta pengalaman jika dihimpunkan secara positif dan kolektif akan terbina satu tenaga yang perkasa yang mampu mengubah tamadun dan peradaban dunia.

 

Perkembangan ilmu dan kekuatan pemikiran menggalak para pendidik untuk mempertingkatkan ilmu dan kebolehan berasaskan kepada proses peningkatan ilmu dan pembangunan insan, supaya dapat menangani serta menghadapi cabaran semasa yang kini dirasakan cukup deras arusnya.

 

Bersama rakan seperjuangan di MPTAA ketika ' Malam Seribu Kenangan ' 2001